*
Assalamualaikum warahmatullah,
Salah satu untuk menyempurnakan ibadah puasa ialah menjauhi perkara-perkara makruh. Walaupun makruh tidak membatalkan ibadah puasa, tetapi panduan yang dibuat oleh para imam mujtahidin adalah merupakan menutup pintu-pintu kerosakan (sadduz zara'ie).
Antaranya perkara-perkara makruh ialah:
1. Berkucup dan pendahuluan jimak walau melalui khayalan atau penglihatan. Juga makruh mengikut pandangan Mazhab hanafi mengucup/menghisap bibir isteri. Walaupun di sana ada hadith riwayat As-Syaikhan (Bukhari dan Muslim): "Bahasa Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam telah mengucup dan bersentuh kulit, sedangkan Baginda sedang berpuasa." Kebanyakan ulamak menetapkannya makruh kerana ditakuti seseorang itu tidak mampu mengawal nafsunya seperti Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam Ini diperkuatkan lagi dengan hadith: Dari Aisyah R.A: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam telah mengucup Aisyah R.A. sedangkan Baginda shollallahu 'alaihi wasallam berpuasa dan Baginda bersentuh kulit sedangkan Baginda berpuasa dan Baginda seorang yang mampu menguasai perasaannya."(Muttafaq Alaih) "Dan Baginda melarang orang muda melakukannya tetapi memberi kelonggaran kepada orang tua." (Hadith Hasan riwayat Abu Daud dari ABu Hurairah, diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah dan ABu Darda' begitu juga dari Ibn Abbas dengan sanad sahih)
2. Merasa ataupun mengunyah makanan tanpa ada keuzuran walaupun tidak ditelan kerana dikhuatiri akan termasuk sesuatu bahagian ke dalam rongga.
3. Makruh mengikut pandangan Mazhab Syafi'ie jika bersugi selepas gelincir matahari.
4. Memakai wangi-wangian ketika berpuasa adalah di antara perkara yang makruh dalam mazhab Syafi`i.
5. Berbekam ketika berpuasa hukumnya makruh. Ini boleh dilihat dalam kitab Mughni Al-Muhtaj (Jilid 1--Mazhab Syafi'ie, As-Syarh As-Saghir(jilid I)--mazhab maliki. Kedua mazhab ini berpendapat bahawa berbekam hukumnya makruh. Mazhab Hanafi pula berpendapat tidak makruh sekiranya berbekam itu tidak melemahkan orang yang berpuasa.
Wallahu a'lam.

Posting Komentar